Friday 1 February 2013

Sains Tulen??



       Jika disebut pelajar sains tulen pasti masyarakat memandang tinggi kepada mereka. Tidak semua pelajar sains tulen tu cerdik, ada kalanya mereka bernasib baik apabila dipilih untuk menjadi pelajar sains tulin. Sya juga salah seorang pelajar yang bernasib baik apabila terpilih menjadi pelajar sains tulen sebabnya sekolah Sya memilih pelajar yang mendapat A dalam subjek math / sains. kebetulan Sya A math. Sya bersyukur sangat dapat masuk kelas sains tulen.

        Sains tulen terdiri dari subjek Additional Mathematics(MT), Biology(BIO) , Chemistry(KM) , dan Physics(FZ) . Subjek MT dan FZ lebih kepada math. Manakala BIO pula lebih kepada menghafal. KM cmpuran antara sains dan math. tp bagi Sya subjek yang melibatkan math la yang Sya boleh bawa. Apabila sampai ke subjek BIO Sya low sikit. 

         Sesiapa yang minat math ada peluang untuk credit dengan mudah, namun bagi sesiapa yang agak kurang math mereka susah sikit untuk berada dalam bidang ni. Ada 2 3 orang kawan Sya yang tidak suka math. Mereka ada meluahkan bahawa subjek2 sains tulen susah lagi2 add math. Namun, mereka boleh score subjek bio.Bagi orang math pula bio tu susah. Pelikkan? tapi tu la kenyataannya. Bio 100% membaca. Salah eja pun potong markah. sangat cerewet. Tapi apabila kita faham dengan betul, subjek bio sangat best. Begitu juga dengan subjek2 sains tulen yang lain. korang cume perlu faham konsep dan ia jadi mudah. 

          Subjek Add Math dipenuhi pelbagai formula. Memang susah nk ingat tapi ada juga formula yang disediakan di kertas soalan kita nanti. Ramai yang bijak math tapi tak boleh follow untuk subjek add math. Macam mana yek nak cakap, Sya pun markah math lebih ok dr add math. Namun, Add math lebih mudah untuk dapat markah dari math. Sebagai contoh, jika kita menulis formula sahaja kita sudah mendapat 1 markah untuk paper add math. Kalau paper math pulak memang tak dapat la. Untuk add math, korang kena :
    1.Tumpu sewaktu cikgu mengajar
    2. Salin apa yang cikgu tulis di papan hitam 
    3. Buat latihan banyak kali dari buku latihan / buku past year

Nanti dengan sendirinya langkah2 menjawab soalan ada kat otak kita. Mudah je kan? harap korang dapat follow la yea untuk subjek add math..

          Subjek Physics / fizik pula hanya la tentang persekitaran kita. Subjek fizik la paling mudah nak score sebab dia boleh terima jawapan2 dari otak kita sendiri (yang ada kena mengena dengan topik tu la) . Fizik pun ada formula. macam2 jenis formula.. Dengan formula2 tu jugak kita boleh jadikan jawapan untuk soalan terangkan maksud. Sebagai contoh :

  1. apakah yang dimaksudkan dengan daya? / what is mean by force?
  
                                      formula : Force = mass x acceleration
                                                    Daya = jisim x pecutan

         jawapan : Daya ialah hasil darab bagi jisim dan pecutan.
                       : Force is the product of mass and acceleration.

senangkan? mudah2 je korang dapat 1 markah. tu x kira yang soalan reka2 lagi.. memang best.

            Subjek Chemistry /kimia pula lebih kepada atom dan zarah. Dalam kimia juga kita boleh kenali pelbagai jenis ion2 atau atom2 seperti sodium(Na) , magnesium (Mg) , ferum (Fe) dan sebagainya. Kimia juga ada formula, tapi x sebanyak add math dan fizik. Bagi Sya, subjek kimia la paling best. sebab senang nak faham. Tapi bergantung pada cara cikgu mengajar juga. kalau cikgu tu cuma cakap je memang tak faham la, tp kalau cikgu tu terang pastu bagi latihan banyak2 memang kita ingat la. Kimia ni payah sikit nak bagi contoh, nanti korang try la search2 kat internet ok? tengok la tutor tv ke atau laman2 pelajaran. mesti banyak., tapi kalau tengok buku rujukan lagi senang.


Tu je la post Sya untuk sains tulen. Rasenya terlampau panjang da kan?jangan bosan nak baca tau. sangat berguna untuk korang. Khas ditaip oleh Sya untuk rujukan korang. Selamat Berjaya!!!

5 comments:

  1. hye kak sya, tbh saya memang minat sangat dengan sains, cita cita saya dari kecil memang nak sangat jadi doktor, tapi sejak masuk form 3 ni saya dh mula teragak agak, saya paling lemah math, sains pun markah cukup cukup makan. lagi lagi sekarang covid, belajar dari rumah mmg tak masuk otak lah senang cerita. so saya decide saya nak masuk sains sukan tapi masalahnya, saya ni orang yang tk minat bersukan HAHAHAHAHA entahlah kak,saya akan cuba buat yang terbaik, insyaallah boleh, anyways goodluck akak. [idk if you still active tho] ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam sayaaa :(( anyway I wish you all the best ❤️

      Delete
    2. u can do it okey ^^ . gdluck !!

      Delete
  2. assalmmualaikum akak , saya nak tanya kan akak masuk kelas sains tulen , jadi saya nak tanya akak ade beli ape² buku latihan or buku nota ringkas yg bantu akak ke dalam subjek fixik , bio kimia ni ?? kalau ade boleh akak bagi tau mana tau boleh membantu saya ? n lagi satu akak ni pelajar spm kssm 2021 ke ?

    ReplyDelete