Friday 13 September 2013

Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)

Assalamualaikum, Hari ni cerita kita pasal KMPk, tempat dimana Sya menuntut sekarang. :D

Sejak masuk ke KMPk ni, memang x ada mase da nk fikir pasal blog. Masa terluang dipenuhi dgn aktiviti2 yg agak menyeronokkan. Siapa kata kat matrik x ada joy..? Ada, cuma orang selalu duk mengadu yg buruk je. Kesian kat matrik, padahal matrik ni la yg nak tolong orang melayu.Ish3..

First sampai kat KMPk ni, aah! memang penat sangat2, memandangkan tempatnya yg berbukit bukau.. memang x sah la kalau x jumpa tangga kat sini. Tapi disebalik keluhan tu sebenarnya ada rasa teruja melihat keindahan alam di KMPk ni. Serius! mmg cantik..

Dikelilingi oleh bukit bukau yg menghijau & ladang kelapa sawit, memang nature sangat2! waktu lecturer buat lawatan keliling KMPk ni, memang x berhenti org tangkap gmbar. Lagi2 kat kawasan taman berhampiran asrama lelaki, kat situ tinggi sangat, memang boleh nampak seluruh KMPk ni.

Kebanyakan kemudahan semua disediakan disini. Kalau pelajar nak beriadah, blh minta alatan dari staff yg bertugas. Macam2 sukan ada: squash,badminton,futsal,rugby,football,bola tampar,bola jaring,bola keranjang & banyak lagi la.. Kalau nak berbasikal pun ada disediakan basikal tapi kena cepat2 takut basikal habis pula.. hehe

Apa yg kurang memuaskan kat sni, ATM dia ada 1 je. Kitorg terpaksa beratur panjang sebab nak ambil duit. Tapi yg paling sakit hati bila ATM tu out of service, Sabar je la hati ni.. Dari segi Wi-Fi pun sama, maybe sbb ramai pengguna jd network dia slow je. Dinasihatkan bawa la broadband sendiri, lg aman x de nak berontak2..

Lecturer kat sini ada yg ok ada yg agak garang. Tqpi kena pandai2 la ambil hati diorg, kena lah ada pengaruh yg besar kat sini.. :D
Ada kawan Sya dia memang baik dengan lecturer2 kat sini, dia jadi seronok belajar. Siap boleh bergmbar dgn lecturer lagi. Sya x berapa berani tapi memang nak juga buat macam dia juga, macam best je.

Ok x?! ada rasa mcm nk dtg sni? hehe, okey la tuh. x salah pun kalau masuk matrik, best ape.. ok lah, smpai sini je cerita Sya harini.. Assalamualaikum..

Tuesday 5 February 2013

Tempat Menarik di Medan, Indonesia

          Pasti ada dikalangan korang yang pernah dengar tempat nama Medan kat Indonesia kan? alah.. kalau tengok kat dalam peta confirm jumpa punya laa.. Medan ni luas juga kawasannya.. Danau Toba pun dikira Medan lagi.. walaupun da hujung2 da.

          Jika korang da sampai airport Medan, memang x menyenangkan pun udara dia.. sebab kat sana memang jerebu. Manalah x jerebu kalau semua kenderaan kat sana keluarkan asap berkepu2 lagi hitam.. sepatutnya kerajaan sana kuatkuasakan lah pengeluaran asap dari kenderaan kereta macam kat Malaysia ni.

         Namun, apabila kami melawat dikawasan pedalaman ternyata sangat memukau mata memandang. Rasa macam nak juga ada kat Malaysia. Antara kawasan2 yang best ialah Berastagi, air terjun sipiso-piso dan Danau Toba.

        Berastagi memang kawasan yang best. Kawasannya sejuk je lebih kurang macam Cameron Highland la. Pada waktu malam, gerai2 di Pajak Tugu dibuka. Untuk pengetahuan korang, Pajak tu bermaksud Pasar dalam bahasa kita. Jadi jangan hairan pula bila keluar pelbagai jenis Pajak kat sana. Untuk orang Islam, memang Pajak Tugu je la yang jual makanan halal.


                                                                                                                                                                                                   

              besarkan kerang dia? tapi jangan makan banyak sangat, kang mula la sakit2 badan...       


ni Air Pokat. Buah Avogado yang dikisar dan dicampurkan dengan coklat cair. Yang warna coklat tu la coklat cair tu. memang la rse die pekat g2, tp sedap bila makan dengan coklat tu skali. Cubalah..

           Di Berastagi juga terdapat kolam air panas yang betul2 dari gunung berapi yang masih aktif. Bau air panas dia macam bau telur. Sampai sekarang bau pada baju Sya x hilang2 lagi.. mungkin kna rendam lebih lama kut. Tapi memang best mandi air panas dia. Ada yang suam n ada yang panas. kitorang lebih suka yg panas, memang mula2 macam2 bunyi dari mulut kitorang sebab panas sangat. tp lama2 jd selesa pula.. 


ni lah gunung berapi yang baru Sya ceritakan tadi.. korang nampak x asap dia? banyak kan. batu2 putih tu kapur dia la.. Dasyatkan ciptaan tuhan.. :)

        Kat sana juga ada strawberry & buah oren (diorang panggil jeruk), malahan kita boleh petik sendiri lagi. Tapi pandai2 la pilih tempat yang murah & molek2 je buahnya.. Tapi memang sedap2 la buah2 diorang. Mungkin sebab fresh kowt. Macam kat sini jugak kan? kalau fresh sedap je. Ada juga durian. Memang best la durian yang kitorang try2 makan tu. Kuning dia macam Musang King tapi dia bujur. Isi dia pulak x de la lembik sangat. cukup rasa pulak tu.. memang sedap!



Air Terjun Sipiso-piso pula memang cantik la. First time Sya tengok air terjun setinggi tu. lebih kurang 800 meter dari aras laut. Untuk lihat lebih dekat / nak mandi kita kena turun beribu2 anak tangga. Kitorang hanya turun separuh je. Tu pun rse da penat sangat2. macam mana la orang yang pergi mandi terus tu. Ada kurang berat badan 3 kilo kut. Hahaha.. Siapa yang dekat dengan air terjun sipiso-piso je pun boleh basah macam mandi sebab air dia percik memang kuat.

         Danau Toba berada berhampiran dengan Air Terjun Sipiso-piso. Dari atas bukit memang boleh nampak dengan jelas Danau Toba. Sangat memukau. Walaupun x tengok depan2 tapi da boleh nikmati da suasana Danau Toba tu. Besarnya kuasa tuhan boleh mencipta sesuatu yang x pernah terbayang oleh minda manusia. MasyaAllah..



Boleh nampak kan Danau yang besar tu? tu la Danau Toba. cantikkan??

 ni pulak suasana dari anak2 tangga yang kitorang turun. Jauh kowt. penat sangat turun anak tangga.. :(  tp best!

ni lah Air Terjun Sipiso-piso. Korang boleh bayang x ketinggian dia tu. tinggikan??
                                                 
    Ini sajalah cerita yang boleh dikongsikan kepada korang khas dari Sya. Maaf la ceritanya x sesempurna blog2 lain. Sya bercerita berdasarkan lawatan Sya ke sana. Jadi hope korang enjoy kalau korang pergi berjalan ke sana. ;)




Friday 1 February 2013

Sains Tulen??



       Jika disebut pelajar sains tulen pasti masyarakat memandang tinggi kepada mereka. Tidak semua pelajar sains tulen tu cerdik, ada kalanya mereka bernasib baik apabila dipilih untuk menjadi pelajar sains tulin. Sya juga salah seorang pelajar yang bernasib baik apabila terpilih menjadi pelajar sains tulen sebabnya sekolah Sya memilih pelajar yang mendapat A dalam subjek math / sains. kebetulan Sya A math. Sya bersyukur sangat dapat masuk kelas sains tulen.

        Sains tulen terdiri dari subjek Additional Mathematics(MT), Biology(BIO) , Chemistry(KM) , dan Physics(FZ) . Subjek MT dan FZ lebih kepada math. Manakala BIO pula lebih kepada menghafal. KM cmpuran antara sains dan math. tp bagi Sya subjek yang melibatkan math la yang Sya boleh bawa. Apabila sampai ke subjek BIO Sya low sikit. 

         Sesiapa yang minat math ada peluang untuk credit dengan mudah, namun bagi sesiapa yang agak kurang math mereka susah sikit untuk berada dalam bidang ni. Ada 2 3 orang kawan Sya yang tidak suka math. Mereka ada meluahkan bahawa subjek2 sains tulen susah lagi2 add math. Namun, mereka boleh score subjek bio.Bagi orang math pula bio tu susah. Pelikkan? tapi tu la kenyataannya. Bio 100% membaca. Salah eja pun potong markah. sangat cerewet. Tapi apabila kita faham dengan betul, subjek bio sangat best. Begitu juga dengan subjek2 sains tulen yang lain. korang cume perlu faham konsep dan ia jadi mudah. 

          Subjek Add Math dipenuhi pelbagai formula. Memang susah nk ingat tapi ada juga formula yang disediakan di kertas soalan kita nanti. Ramai yang bijak math tapi tak boleh follow untuk subjek add math. Macam mana yek nak cakap, Sya pun markah math lebih ok dr add math. Namun, Add math lebih mudah untuk dapat markah dari math. Sebagai contoh, jika kita menulis formula sahaja kita sudah mendapat 1 markah untuk paper add math. Kalau paper math pulak memang tak dapat la. Untuk add math, korang kena :
    1.Tumpu sewaktu cikgu mengajar
    2. Salin apa yang cikgu tulis di papan hitam 
    3. Buat latihan banyak kali dari buku latihan / buku past year

Nanti dengan sendirinya langkah2 menjawab soalan ada kat otak kita. Mudah je kan? harap korang dapat follow la yea untuk subjek add math..

          Subjek Physics / fizik pula hanya la tentang persekitaran kita. Subjek fizik la paling mudah nak score sebab dia boleh terima jawapan2 dari otak kita sendiri (yang ada kena mengena dengan topik tu la) . Fizik pun ada formula. macam2 jenis formula.. Dengan formula2 tu jugak kita boleh jadikan jawapan untuk soalan terangkan maksud. Sebagai contoh :

  1. apakah yang dimaksudkan dengan daya? / what is mean by force?
  
                                      formula : Force = mass x acceleration
                                                    Daya = jisim x pecutan

         jawapan : Daya ialah hasil darab bagi jisim dan pecutan.
                       : Force is the product of mass and acceleration.

senangkan? mudah2 je korang dapat 1 markah. tu x kira yang soalan reka2 lagi.. memang best.

            Subjek Chemistry /kimia pula lebih kepada atom dan zarah. Dalam kimia juga kita boleh kenali pelbagai jenis ion2 atau atom2 seperti sodium(Na) , magnesium (Mg) , ferum (Fe) dan sebagainya. Kimia juga ada formula, tapi x sebanyak add math dan fizik. Bagi Sya, subjek kimia la paling best. sebab senang nak faham. Tapi bergantung pada cara cikgu mengajar juga. kalau cikgu tu cuma cakap je memang tak faham la, tp kalau cikgu tu terang pastu bagi latihan banyak2 memang kita ingat la. Kimia ni payah sikit nak bagi contoh, nanti korang try la search2 kat internet ok? tengok la tutor tv ke atau laman2 pelajaran. mesti banyak., tapi kalau tengok buku rujukan lagi senang.


Tu je la post Sya untuk sains tulen. Rasenya terlampau panjang da kan?jangan bosan nak baca tau. sangat berguna untuk korang. Khas ditaip oleh Sya untuk rujukan korang. Selamat Berjaya!!!

Selamat Bertemu Kembali

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali..
kini dengan blog yang baru yang diberi nama Pudina's Story..
tetiba pula Sya terasa nak create new blog 
dengan tujuan untuk memberi bimbingan serba sedikit pada orang ramai..
sama ada pelajar mahu pun orang2 dewasa..


Pudina tu nama Sya yang diberi oleh rakan baik Sya sewaktu form 5..
kami memanggilnya dengan gelaran Morning Glory..
Jadi, sebab da buntu nak kasi nama apa da tu yang letak pudina tu..
harap dapat diterima semua la..


Dengan terbitnya blog ini, Sya harap dapat jadikan blog ini
salah satu blog yang sering dilawati oleh blogger2 yg lain..
dan Sya berharap dapat tambah kawan2 lagi..
terima kasih.. :)